Sebelum kewafatan LoQman Al-Hakim beliau sempat memberi wasiat terahir kepada anaknya, ia telah dirakam oleh Allah S.W.T didalam Al-Quran,
“Wahai anaku! Sehingga setakat ini telah banyak aku wasiatkan kepadamu dan aku ingin wasiatkan untukmu enam perkara lagi yang terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian,”
1. “Jangan engkau sibukan dirimu dengan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.”
2. “Sembahlah tuhanmu sekadar keperluan kepada-Nya.”
3. “ Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau hendak tinggak di sana.’
4. “Hendaklah kau menyibukan dirimu untuk melepaskan lututmu ( dirimu ) dari neraka, selagi mana kamu masih belum mampu melepaskannya.”
5. “Beranilah engkau melakukan maksiat ( kepada Allah ) setakat mana kau mampu menahan azab Allah.”
6. “Sekiranya kau ingin melakukan maksiat kepada Allah,carilah tempat dimana Allah dan maklaikat-Nya tidak mampu melihatmu.’